Connect with us

Oh! Media

Instafamous Dikecam Pakai ‘Terlajak’ Seksi Ke PPV

Trending

Instafamous Dikecam Pakai ‘Terlajak’ Seksi Ke PPV

Di media sosial, kecoh diperkatakan apabila seorang instafamous memakai pakaian menjolok mata ketika hadir mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

ADVERTISEMENT

Menerusi rakaman berdurasi 58 saat yang diambil dari Instagramnya itu, wanita berkenaan mengenakan legging berwarna hitam serta kemeja pendek yang diikat di bahagian perut.

instafamous seksi

Setiba gilirannya untuk suntikan, dia dilihat membuka butang kemeja sehingga menampakkan pakaian dalam sebelum disuntik petugas lelaki. Tindakannya itu ternyata mengundang rasa kurang senang orang ramai dan rata-rata mengkritik pemilihan pakaian yang dikatakan tidak bersesuaian.

instafamous

Malah, penyanyi, Keena Mentor turut mempersoalkan tindakan instafamous berkenaan berpakaian seksi hanya untuk mendapatkan suntikan. Dia berpendapat instafamous itu tidak menghormati undang-undang dan memalukan.

Tidak bolehkah dia berpakaian yang sesuai dan kena dengan tempat?

Cubalah fikir tempat ini turut dihadiri oleh semua golongan termasuk warga emas.

Bukan itu sahaja, pakaian yang terlalu seksi itu mengundang bahaya kepada diri sendiri kerana dia berisiko menjadi mangsa gangguan mana-mana pihak.

Mendapat lebih 1 juta tontonan di TikTok, orang ramai mencadangkan agar etika pemakaian ketika di PPV diketatkan supaya perkara sebegini tidak berulang. Menurut mereka, seseorang hendaklah bijak memilih pakaian bersesuaian agar proses vaksinasi berjalan dengan lancar.

Bagi penerima vaksin wanita, disarankan agar memakai kemeja berlengan pendek beserta cardigan atau blouse longgar sahaja.

Kredit: TikTok ballackakhlaken

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Twitter Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas