Connect with us

Oh! Media

Insomniacks Sekali Lagi Berjaya Tawan Hati Para Pelajar UiTM Shah Alam Dalam Uni-Verse Fest 2.0

Ohmedia  Uni Fest

Trending

Insomniacks Sekali Lagi Berjaya Tawan Hati Para Pelajar UiTM Shah Alam Dalam Uni-Verse Fest 2.0

Pada 24 November yang lalu, Uni-Verse Fest 2.0 telah berlangsung di Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam dengan menampilkan beberapa barisan penyanyi terkenal dari Universal Music Malaysia (UMM) dan DefJam Malaysia.

Antara barisan penyanyi terkenal seperti Alyph, Insomniacks, Ismail Izzani, Sophia Liana dan ramai lagi telah hadir bagi memeriahkan lagi konsert Uni-Verse Fest tersebut.

IKLAN
Img 2735

Komposer dan penyanyi Alyph turut tampil mempersembahkan single terbaharunya ‘HEAT’ yang menerima sambutan luar biasa daripada pelajar-pelajar UiTM Shah Alam.

Img 2736 1

Tidak lupa juga dengan persembahan yang memukau dari kumpulan band, Insomniacks telah berjaya memikat hati para pelajar yang hadir dengan persembahan yang sangat luar biasa. Gilalah, ada yang menangis masa ‘layan’ performance Insomniacks.

Turut menampilkan barisan penyanyi baru seperti Syafiq Abdillah, Natasha Sass, Killa Driz, kumpulan The Gadys dan lain-lain.

Img 2737

Kumpulan The Gadys yang dianggotai oleh Ayunie Rizal, Aznie Azmi dan Thamiera Chan telah mempersembahkan single terbaharu mereka berjudul, Gagal Cinta.

Difahamkan, para pelajar mula beratur di luar Dewan Mawar Qaseh sejak jam 5 petang untuk mendapatkan tempat menyaksikan persembahan daripada artis kegemaran mereka. Fuhh lain macam betul sambutan dari adik-adik UiTM Shah Alam ni!

Festival ini merupakan salah satu anjuran daripada Pesta Konvokesyen UiTM 2023 bersempena dengan istiadat Konvokesyen yang ke-98.

Malah, pihak Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2022/2023 telah menyediakan pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik antaranya, Universe fest 2.0, Foodie fiesta, Shah alam Berselawat ,Sukan rakyat, Malam Cinta Dan Benci dan juga Neon Run.

Whatsapp image 2023 11 28 at 40926 pm

Selain itu, MPP UiTM Shah Alam telah meletakkan beberapa garis panduan sewaktu festival dijalankan antaranya mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan serta tidak dibenarkan melakukan ‘mosh’.

Uni-Verse Fest 2.0 ini mendapat sambutan yang baik dari para pelajar yang hadir pada malam itu. 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Whatsapp image 2023 11 28 at 40926 pm
  • Img 2737
  • Img 2735
  • Img 2736
  • Img 2736 1
  • Ohmedia  Uni Fest
  • Whatsapp image 2023 11 28 at 40926 pm
  • Img 2737
  • Img 2735
  • Img 2736
  • Img 2736 1
  • Ohmedia  Uni Fest
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas