Connect with us

Oh! Media

Hana Ismail Kongsi Perasaan Lepas Alami Keguguran

Ohmedia hana Ismail

Oh! Artis

Hana Ismail Kongsi Perasaan Lepas Alami Keguguran

Pengacara Hana Ismail tampil berkongsi perasaan kehilangan apabila baru-baru ini dia mengalami keguguran.

Menerusi perkongsian di TikToknya, Hana memaklumkan perasaan kehilangan itu sama seperti perasaan gembira apabila menerima berita dirinya sedang hamil.

Isteri kepada Dai Syed kelihatan tenang sewaktu berkongsi dan turut berpesan untuk sentiasa menghargai setiap perkara yang kita miliki.

IKLAN

Hana Ismail

Hari ini, genap seminggu saya berpantang. Dan bagi yang belum tahu, baru-baru ini saya kehilangan anak dalam kandungan.

Perasaan ini sama beratnya dengan rasa gembira bila saya mula-mula mengetahui saya mengandung.

Inilah nikmat sebuah kehilangan. Kepada anda yang berkongsi kisah sama seperti saya, ingatlah untuk merasai kehilangan and harus memiliki dan disaat anda memiliki, anda harus menghargai.

AI-Fatihah untuk malaikat-malaikat kecil kita yang menanti kita di syurgawi.

Sebelum ini, Dai Syed berkongsi berita duka bahawa Hana hanya sempat mengandung selama 10 minggu sahaja.

BACA: “Kami Bukan Ikon Islamik”, Dai Syed Dan Hana Ismail Perjelas Isu Menari Di TikTok

Terdahulu, pendakwah bebas Dai Syed dan Hana Ismail sering berkongsi momen mesra menari bersama di TikTok dan sering dikecam kerana tidak melambangkan ikon islamik.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas