Connect with us

Oh! Media

“Kami Bukan Ikon Islamik”, Dai Syed Dan Hana Ismail Perjelas Isu Menari Di TikTok

Ohmedia daisyed

Oh! Artis

“Kami Bukan Ikon Islamik”, Dai Syed Dan Hana Ismail Perjelas Isu Menari Di TikTok

Pasangan selebriti Dai Syed dan Hana Ismail sering berkongsi video menari bersama dan momen-momen mesra sehingga meraih perhatian netizen.

Malah, sebelum ini ada seorang individu wanita menegur tindakan Dai Syed memuat naik video menari bersama isterinya.

Pasangan selebriti itu tampil menjawab isu ini selepas menimbulkan rasa kurang senang terhadap segelintir netizen.

IKLAN
Screenshot 356

Pendakwah bebas itu berkata tujuan dia melakukan sedemikian hanya untuk mencipta banyak kenangan bersama isterinya dan beranggapan perkongsian itu tidak berlebihan.

Kita mengetahui yang kenangan itu yang kami paparkan di media sosial di Instagram dan TikTok, saya yakin benda tu takdalah terlebih atau berlebih-lebihan.

Tambahan, Dai Syed juga memaklumkan dia tidak pernah meletakkan dirinya dan isteri sebagai ikon islamik seperti yang diperkatakan oleh warganet.

Walau bagaimanapun, Dai Syed dan Hana sentiasa menerima setiap teguran dengan hati yang terbuka.

Screenshot 350

Ada yang komen mengatakan Hana ni seorang ustazah itu dan ini, mungkin mereka belum mengenali dia. Hana ni sebenarnya nak jadi cikgu, bukan belajar di Mesir pun. Dia pun dalam proses penghijrahannya, jadi kami tidak meletakkan kami seorang yang ikon Islamik.

Menurut Syed lagi, mereka memilih untuk berkongsi momen-momen mesra bagi mengelak dari berlakunya fitnah yang dikatakan mereka mempunyai masalah rumah tangga.

Jadi segala tanggapan mereka terhadap kami itu terserah kepada mereka. Kami pun tak boleh nak minta semua orang sukakan kita. Masing-masing ada pilihan. Apa yang boleh dikatakan, berbaik sangkalah dengan orang.

Kami pun manusia biasa kemungkinan ada salah dan silap, kami terima teguran-teguran untuk perbaiki diri kami sendiri. Tapi kalau teguran itu sampai menghina, mencerca kami terkilan jugalah.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas