Connect with us

Oh! Media

mondy

Trending

“Hamil Tanpa Suami Itu Tak Mudah” – Mondy Tatto Dedah Kena Tinggal Masa Mengandung

Pempengaruh kontroversi Indonesia, Mondy Tatto mengejutkan orang ramai selepas berkongsi keadaan sedang sarat hamil.

BACA: “Minta Maaf Guys” – Caprice Padam Posting Ebit Lew Dan Mondy, Mengaku Tak Boleh Buat Apa-Apa

IKLAN

Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, Mondy berkata, dia telah ditinggalkan pasangan ketika hamil. Mondy menganggap lelaki yang lari daripada tanggungjawab itu tidak layak dipanggil ayah.

Dia juga mengaku hamil tanpa suami itu sakit dan tidak mudah. Namun, Mondy berjanji akan menjaga anaknya dengan baik.

Kadang kalau sendirian suka ngelus-ngelus perut. Suka tiba-tiba mikir, yah Allah walau melahirkan taruhannya adalah nyawa tapi aku akan selalu berdoa sihatkanlah aku dan anakku. Izinkanlah aku melahirkannya, merawat dan membesarkannya.

Di ruangan komen, netizen tumpang bersimpati dengan nasib yang menimpa pempengaruh itu. Mereka juga mempersoalkan status anak tersebut adakah mempunyai bapa yang sah.

mondy
mondy

Namun, tiada sebarang respon yang ditinggalkan Mondy untuk menjawab persoalan yang timbul.

Terdahulu, nama Mondy hangat diperkatakan selepas seorang pendakwah bebas dari Malaysia menyelamatkannya daripada hidup di jalanan.

Mondy dibawa berubah ke arah kebaikan dan telah mengenakan hijab. Namun, timbul pula pelbagai dakwaan menyebabkan Mondy pulang semula ke Indonesia.

Kredit: mStar | TikTok @mondy_tatto

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas