Oh! Artis
“Minta Maaf Guys” – Caprice Padam Posting Ebit Lew Dan Mondy, Mengaku Tak Boleh Buat Apa-Apa
Oleh
Penyanyi rap Caprice akhirnya akur dengan perintah injunksi interim mahkamah yang melarangnya membuat kenyataan mengenai pendakwah, Ebit Lew.
BACA: Mahkamah Arah Caprice, Mondy Padam Video Podcast Ebit Lew Dalam Tempoh 24 Jam
Dalam hantaran di Instagram, Caprice berkata dia kena padam semua posting yang dibuatnya tentang kes Ebit dan wanita Indonesia, Mondy Tattoo.


Pendek kata, pengasas Munafik Hunter ni langsung tak boleh bercakap pasal kes atau apa-apa yang ada kaitan dengannya.
Dia juga memohon maaf kepada semua mangsa yang pernah meminta tolongnya untuk mendapatkan keadilan sebelum ini. Buat sementara waktu, Caprice tak boleh buat apa-apa.
Penyanyi ini bagaimanapun akan berusaha untuk melawan di mahkamah melalui khidmat peguam yang sudah dilantik.
Kredit: Instagram Caprice
