×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Empat Lelaki Langgar Dan Pecahkan Cermin Kereta Didapati Positif Dadah

Trending

Empat Lelaki Langgar Dan Pecahkan Cermin Kereta Didapati Positif Dadah

Terbaru, tular rakaman empat lelaki tempatan kerana disyaki melanggar sebuah kenderaan dari belakang dengan kereta dinaiki mereka sebelum menyamun dan mencederakan mangsa di Taman Sentosa. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, insiden 4.30 petang dilaporkan berlaku ketika seorang pemandu lelaki bersama sepupunya sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.

“Kenderaan mangsa dikatakan tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat lelaki.

“Suspek kemudian didakwa memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukulnya dengan menggunakan kayu”

“Malah, suspek didakwa turut merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa”

Berikutan itu, beliau memaklumkan, dua klip video berdurasi 0.24 saat menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya, tular dalam media sosial sejak semalam.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan video itu dan mereka sudah diberkas. Bertindak atas maklumat dan laporan diterima, beliau berkata, kesemua suspek berumur 23 hingga 35 tahun berjaya itu ditangkap bermula jam 7 hingga 11 malam tadi di beberapa kawasan sekitar daerah Klang Selatan.

“Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati semua suspek yang tiada pekerjaan itu positif dadah jenis methamphetamine”

https://twitter.com/cringemalaysian/status/1383767697368915972

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

ADVERTISEMENT

Penulis di Oh! Media. Berkongsi mengenai isu viral dan info terkini

Comments

Lagi dalam kategori Trending

To Top