Connect with us
Datuk Red

Trending

Datuk Red Umum Isteri Pertama Tamat Idah Untuk Elak Fitnah

Usahawan, Datuk Red memaklumkan yang tempoh idah bekas isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hashim sudah pun tamat semalam iaitu bersamaan 13 Julai.

BACADatuk Red Kini Duda, Sah Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu

IKLAN

Kalau korang tengok siaran langsung yang dikongsikan semula di Tiktok, Datuk Red memberitahu yang dia tidak mahu sebarang fitnah timbul di kemudian hari terhadap dirinya dan bekas isteri.

16 Julai tamatlah tempoh idah. Tamatlah perkahwinan 19 tahun yang kami bina. Selepas ini kalau nampak Fila (Sharifah) keluar berjalan-jalan, dia bukan tanggungjawab saya lagi.

Tak sangka cepat habis tempoh idah. Saya kena umumkan ini kerana takut nanti kalau ada yang nampak dia keluar rumah menimbulkan fitnah pula.

Datuk Red akui sedih dengan perpisahan itu. Walau bagaimanapun, tetap menerimanya dengan hati terbuka kerana ia merupakan takdir dari Allah SWT.

Saya doakan dia semoga bahagia dan berjaya. Kalau dia bertemu jodoh, saya tak boleh buat apa dah. 

Saya doakan dia jaga batasan, jaga aurat dan yang penting jaga solat lima waktu. Saya pun tak boleh nak pantau dia dah, jaga diri.

Datuk Red

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas