Oh! Tidak
Chagee Mohon Maaf Isu ‘Tear & Win’, Akan Siasat Dan Lakukan Penambahbaikan
Jenama teh terkenal, Chagee Malaysia, tampil memohon maaf selepas video kempen ‘Tear & Win’ mereka tular di media sosial baru-baru ini.
Video tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif apabila pekerjanya didakwa tidak berlaku adil ketika promosi itu berlangsung.
Chagee ambil tindakan segera
Dalam kenyataan rasmi di media sosial, Chagee menegaskan bahawa tingkah laku pekerja tersebut tidak mencerminkan standard syarikat.
Siasatan terperinci sedang dijalankan, dan pihak Chagee komited untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Kami amat menyesal atas persepsi negatif yang timbul. CHAGEE mengambil perkara ini dengan serius dan akan memastikan pengalaman pelanggan sentiasa positif.- Jelas kenyataan itu.
Penambahbaikan proses promosi untuk kempen Disember
Bagi memastikan kejadian ini tidak berulang, Chagee akan menggantikan item fizikal dalam kempen ‘Tear & Win’ dengan slip Kod Respons Pantas (QR). Inisiatif ini dijangka bermula Disember depan untuk memudahkan proses penebusan hadiah.
Dengan kod QR, pelanggan boleh mengimbas untuk melihat hasil cabutan bertuah mereka. Kami akan memastikan standard tertinggi dipatuhi dalam setiap kempen.- Tambah kenyataan itu.
Sebelum ini, video tular menunjukkan seorang pekerja Chagee didakwa membuat penipuan dengan memeriksa bekas minuman untuk hadiah tertentu.
Pihak Chagee menjelaskan bahawa pekerja itu diarahkan untuk memastikan setiap bekas mematuhi prosedur.
#OhmediaNasihat
Persepsi pelanggan adalah aset penting bagi sesebuah jenama. Dalam situasi seperti ini, keterbukaan Chagee untuk memperbaiki prosesnya adalah langkah bijak.
Jadilah pengguna yang bijak dan sentiasa beri maklum balas untuk meningkatkan perkhidmatan yang kita nikmati!

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM