Oh! Artis
“Tak Sangka Ramai Ambil Serius” – Abiejam Dedah Hantaran RM1 Juta Cuma Gurauan
Abiejam menjelaskan hantaran RM1 juta bukan untuk menunjuk kemewahan, hanya promosikan perniagaan emas.
Isu hantaran RM1 juta yang disebut personaliti media sosial dan usahawan, Abiejam baru-baru ini nampaknya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Namun, pemilik nama sebenar Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 36, itu tampil menjelaskan bahawa kenyataan tersebut bukan bertujuan mempamerkan kemewahan seperti yang dianggap sesetengah pihak.
Abiejam hanya ingin tunjuk simbol kesungguhan dalam perkahwinan

Katanya, perkara yang lebih penting dalam sesebuah perkahwinan bukanlah wang semata-mata, tetapi keikhlasan, kesetiaan serta kemampuan seorang suami menjaga maruah dan kebahagiaan isterinya.
Nilai hantaran itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya simbol kesungguhan dan tanggungjawab.
Ramai menilai kemampuan seorang lelaki hanya berdasarkan fizikal atau pandangan luaran.- Katanya.
Mahu wanita terima dirinya

Dalam masa sama, Abiejam menegaskan dia tidak pernah menjadikan harta sebagai ukuran utama ketika mencari pasangan hidup.
Saya mungkin tak mampu berjalan, tetapi mampu mencintai, menghargai dan membahagiakan wanita yang Allah takdirkan untuk saya.
Ciri-ciri wanita pilihan saya mudah sahaja, baik hati, penyayang, ikhlas, memahami dan menerima keadaan saya sebagai seorang OKU.- Luahnya.
Abiejam berkata, meskipun tidak mampu berjalan, dia tetap mampu mencintai, menghargai dan membahagiakan wanita yang ditakdirkan menjadi isterinya.
Sekadar gurauan promosi perniagaan

Mengulas mengenai kecaman yang diterima, Abiejam berkata dia tidak berkecil hati dengan pelbagai reaksi dan andaian netizen.
Malah, dia menjelaskan kenyataan mengenai hantaran RM1 juta itu sebenarnya hanya gurauan untuk memperkenalkan perniagaan emas miliknya.

Cuma saya pelik mengapa ramai suka bertanya soalan yang sensitif dan membuat pelbagai andaian. Kalau ada yang terasa atau salah faham, saya minta maaf dari hati.
Tak sangka pula ramai yang ambil serius apabila bab berkahwin ini, sedangkan itu sekadar gurauan untuk memperkenalkan perniagaan emas saya.- Kongsinya.
Bagaimanapun, Abiejam turut memohon maaf sekiranya kenyataan tersebut menimbulkan salah faham atau membuatkan mana-mana pihak terasa.

