Connect with us

Oh! Media

Baju Anak Gajah RM25 Cetus Kontroversi, Netizen Kecam ‘Penunggang’ Isu!

Anak Gajah

Trending

Baju Anak Gajah RM25 Cetus Kontroversi, Netizen Kecam ‘Penunggang’ Isu!

Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan rekaan baju yang menjadikan insiden kematian anak gajah di Gerik-Jeli sebagai bahan jualan. 

Menerusi Tiktok, baju itu menunjukkan grafik ibu gajah, anaknya dan lori serta kata-kata beremosi.

Tiada cinta tulus selain cinta ibu kepada anak-anaknya.

Baju tersebut dijual sekitar RM25 sehelai, namun ramai menyifatkannya sebagai cubaan menunggang tragedi demi keuntungan.

IKLAN

Tidak sensetif, ini bukan untuk ambil untung!

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan tidak sensitif ini yang didakwa ‘menunggang’ kesedihan orang lain dalam kes ini.

Benda macam ni diorang guna untuk isi perut sendiri, bukan kisah sangat pun tentang apa yang berlaku.

Ada juga yang mempersoalkan rekaan baju tersebut yang dikatakan serabut dan mirip gaya mat rempit, sekali gus menambah bahan ejekan terhadap isu ini.

Perlu hormat dan ada kesedaran, bukan ‘menunggang’!

Copy of Untitled Design   2

Ketika ramai masih bersedih dengan insiden yang mengorbankan nyawa anak gajah liar, tindakan seperti ini dilihat tidak menghormati nilai alam sekitar dan mengaburkan mesej sebenar pemeliharaan haiwan.

Pssttt! Kesedaran bukan hanya perlu diucap, tapi dizahirkan dengan hormat. Jangan jadikan tragedi sebagai peluang niaga. Hormatilah setiap nyawa.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas