Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Nafi Nama Ketua Hakim Negara Ditukar Saat Akhir

Ohmedia anwar Ibrahim

Trending

Anwar Ibrahim Nafi Nama Ketua Hakim Negara Ditukar Saat Akhir

Anwar Ibrahim nafi dakwaan tukar nama Ketua Hakim Negara saat akhir. Segalanya ikut proses dan telah diperkenan Agong lebih awal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya berlaku pertukaran nama calon Ketua Hakim Negara pada saat-saat akhir sebelum diumumkan kepada umum.

Menurut laporan Kosmo, Anwar berkata yang nama calon sebenar telah dikemukakan lebih awal dan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Nama calon telah saya kemukakan lebih awal, sebelum negara ‘riuh’. Kita hanya tunggu giliran Majlis Raja-Raja bermesyuarat.

“Jangan politikkan Institusi Kehakiman!” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Anwar turut meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang memanipulasi isu ini untuk mencetuskan keresahan rakyat, sedangkan proses pelantikan telah berjalan mengikut saluran yang betul.

IKLAN

Mana mungkin saya boleh jawab ketika itu kerana prosesnya masih berjalan… Semuanya ikut proses. Tiada siapa boleh mendahului perkenan Tuanku dan rundingan Majlis Raja-Raja.

Beliau turut menjelaskan bahawa pelantikan lain seperti Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan juga telah dikemukakan lebih awal, malah mengikut prosedur yang sama.

Tiada pertukaran nama, semua itu spekulasi!

Anwar Ibrahim Bantuan Penjawat Awam

Mengulas lanjut, Anwar menolak sepenuhnya dakwaan wujudnya nama lain yang cuba diselitkan saat akhir dalam senarai calon Ketua Hakim Negara.

Kononnya ada nama lain yang masuk, Datuk ini atau Tan Sri itu. Tapi sebenarnya tidak ada. Itu semua hanya spekulasi yang sengaja direka.

Beliau percaya terdapat pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat, namun menyerahkan kepada rakyat untuk menilai apabila kebenaran sudah terbukti.

Pssttt! Jangan cepat melatah bila ada spekulasi panas. Dalam hal membabitkan institusi negara, kita sebagai rakyat wajar tunggu penjelasan rasmi sebelum membuat kesimpulan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas