Oh! Artis
Syed Saddiq Minta Beri Ruang, Perbincangan Dua Keluarga Perlu Dilakukan Secara Tertutup
Syed Saddiq akui bahagia dengan Bella Astillah. Tapi soal jodoh? Katanya, biar keluarga bincang dulu.
Nampaknya teka-teki hubungan antara ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dan selebriti terkenal, Bella Astillah makin jadi bualan hangat netizen.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Saddiq dengan tenang dan jujur mengaku bahawa kehadiran Bella dalam hidupnya memang membahagiakan.
Saya tidak boleh nafikan kehadiran Bella buat saya bahagia dan gembira.- Katanya.
Pergh, jujur betul! Tapi jangan cepat teruja ya, korang. Saddiq masih lagi main low profile bila ditanya soal masa depan.
Syed Saddiq minta soal jodoh biar dua keluarga tentukan…
Menurut Saddiq, walaupun dia bahagia, hal-hal yang libatkan jodoh bukan boleh diputuskan macam tu je. Katanya, bila melibatkan dua keluarga, perkara macam ni lebih baik dibincangkan secara tertutup.
Perancangan pada masa yang akan datang apabila melibatkan dua buah keluarga, perkara sebegini biarlah dibincangkan secara tertutup.- Jelasnya lagi.
Nampaknya Saddiq ambil pendekatan matang. Tak nak sembarangan umum sebelum semuanya betul-betul pasti. Ohsem weh…
Bukan setakat bab cinta je makin hangat, rezeki Saddiq pun makin mencurah-curah! Dia sempat berkongsi rasa syukur bila wajahnya kini jadi buruan pelbagai jenama besar.
Boleh tahan juga penangan aura Saddiq ni. Nampaknya dari parlimen sampai ke papan iklan, semua nakkan dia.
Pssttt! Bila dah makin bahagia dan makin dikenali, tak hairanlah kalau orang mula tanya “bila nak kahwin?”. Tapi macam Saddiq kata, soal jodoh bukan main-main. Melibatkan dua keluarga, banyak benda nak kena fikir. Jadi, Ohmedia harap korang pun jangan cepat sangat mendesak bila tengok pasangan bahagia. Doakan yang baik-baik je, okay?
Kredit: XTRA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM