Connect with us

Oh! Media

Trending

(Video) Aksi Berang Pecahkan Cermin Kereta Wanita, Bongkar Lelaki Rupanya Masih…

Tular di media sosial sejak semalam, video rakaman berdurasi satu minit 38 saat yang memaparkan seorang lelaki memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik seorang wanita.

Lelaki itu juga dilihat telah menggunakan topi keledar miliknya untuk memecahkan cermin hadapan kereta mangsa semasa berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa, Muar.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, kejadian yang berlaku pada 3.25 petang itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara penunggang motosikal yang berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun.

Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

Suspek juga telah memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya. – Kata Asisten Komisioner Zaharudin Rasip.

https://youtu.be/mslm8HDoLMY

Menurut Zaharudin, sebaik saja menahan lelaki itu pada petang semalam dia kemudiannya telah dihantarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, kerana dipercayai ada mengalami masalah mental dan masih lagi menerima rawatan di hospital.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – Katanya.

Kredit: Harian Metro, Ramli Channel

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas