Connect with us

Oh! Media

Abang Tesla Akhirnya Buka Mulut Isu Kahwin Dua, Minta Netizen Jaga Percakapan

Trending

Abang Tesla Akhirnya Buka Mulut Isu Kahwin Dua, Minta Netizen Jaga Percakapan

Sekarang ni tengah hangat di media sosial mengenai seorang influencer yang dikenali sebagai Abang Tesla apabila dia memuat naik satu video di TikTok mengumumkan bahawa dia telah bernikah sekali lagi.

ADVERTISEMENT

Terbaru! Menurut laporan sebuah portal hiburan, Abang Tesla sendiri telah sedar yang dia telah menerima kata-kata yang kurang senang dan teruk dikecam netizen.

Satu Malaysia kecam saya, isteri pertama tahu kan pada itu. Saya nak salahkan mereka pun tak boleh. Ramai yang poligami tapi ikut jalan yang salah, tak buat dengan betul.

Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, tapi apa yang saya belajar sepanjang proses nak poligami ni, perbetulkan apa yang silap. Tapi ramai yang tak paham.

Walau bagaimanapun, Abang Tesla dilihat telah memadam video penjelasannya walapun baru saja memuat naiknya di media sosial.

Ada yang tanya, kalau sayang kenapa kahwin dua. Saya rasa apa yang ustaz cakap itu sama, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat, bila saya jauh saya rasa benda itu

Kenapa senang masuk syurga? Perempuan nak masuk syurga hanya taat pada Allah dan suami. Kenapa senang masuk neraka? Sebab perempuan tidak taat pada Allah dan suami.

Abang Tesla juga berkata yang keputusannya untuk bernikah dua ini ternyata telah menambahkan perasaan sayang terhadap isteri pertama, Nurmajdina Jamari.

Dia dalam pada itu turut memberi pesanan kepada orang ramai di luar sana agar sentiasa menjaga percakapan kerana perkara itu (poligami) boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Kredit: Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Nampaknya Oh Media bukan biashe-biashe kita ada Dolla in the hauz gais!#dolla #damelo #ohartis

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas