Connect with us

Oh! Media

“Saya Customer, Awak Tak Boleh Tinggikan Suara!”, Wanita Berang Ditegur Sebab…

Trending

“Saya Customer, Awak Tak Boleh Tinggikan Suara!”, Wanita Berang Ditegur Sebab…

Seperti yang kita tahu, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara telah dilanjutkan hingga 31 Mac depan. Walaupun masih ada beberapa kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tapi kerajaan dah pun beri kelonggaran untuk rakyat keluar rumah.

ADVERTISEMENT

Bila dah keluar, faham-faham sendirilah jadi tanggungjawab kita untuk patuh SOP seperti perlu pakai mask dan jaga penjarakan sosial. Lagi-lagi kalau naik pengangkutan awam. Tapi lain pula ceritanya dengan wanita ini. Menurut laporan, dia telah menggunakan perkhidmatan ETS dari Taiping ke Ipoh, Perak.

Bila dah duduk dalam ETS, dia pun tanggal mask yang dia pakai. Adalah seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Encik A, yang telah perhati dia lebih kurang 10 ke 20 minit. Disebabkan tiada tanda-tanda dia nak pakai semula mask tersebut, Encik A pun pergilah tegur. Bahkan, dia siap beri wanita tersebut mask baru, just in case lah mana tahu mask dia ada problem ke apa.

Tuptup, dia kata yang dia ada je mask, cuma dia memang taknak pakai. Bila Encik A buat laporan pada staf ETS dan pengumuman peringatan untuk pakai mask dibuat, wanita tersebut tetap hiraukan dan terus buat don’t know. Atas dasar tanggungjawab, captain ETS tersebut pergi berjumpa dengan wanita tersebut sendiri untuk beri teguran.

Mendakwa dirinya dah pakai mask selama 4 jam, dia juga memarahi captain tersebut kerana meninggikan suara. Padahal, captain tu cakap baik-baik je. Dalam diam perlakuan wanita tersebut telah dirakam oleh Encik A. Sebaik saje menyedari hal tersebut, wanita tersebut terus memakai masknya semula selepas memarahai Encik A pula kerana buat rakaman.

“I’m a customer, you cannot shout at me.”

“Saya customer, awak tak boleh tinggikan suara pada saya.” – katanya.

Tapi, video tersebut dah pun dipadam di ruangan Facebook. Memanglah ada kata-kata customers always right. Tapi kalau dalam hal macam ni, terang-teranglah customer yang salah. Lagipun kan memang dah dimaklumkan dalam kenderaan awam memang perlu pakai mask setiap masa. Nak persoal apa lagi?

Kredit: World of Buzz

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas