Connect with us

Oh! Media

Wajib Ada ‘Dos Penggalak’ Untuk Solat Jumaat Merupakan Konsep Fiqhiyyah?

solat jumaat

Oh! Tidak

Wajib Ada ‘Dos Penggalak’ Untuk Solat Jumaat Merupakan Konsep Fiqhiyyah?

Baru-baru ini kecoh di negeri Selangor, apabila kerajaan negeri menetapkan syarat untuk hanya membenarkan mereka yang lengkap vaksin dos penggalak saja boleh menunaikan solat jumaat di masjid dan surau.

ADVERTISEMENT

BACA: Hanya Yang Lengkap 2 Dos Vaksin Dan Penggalak Je Boleh Hadir Solat Jumaat Di Selangor?

Menerusi laporan Kosmo, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni mengatakan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut kerana prihatin dengan kesihatan dan kemakmuran rakyat dan hanya mahu yang terbaik untuk semua.

Perkenan Sultan Selangor

solat jumaat

Kerajaan negeri juga yakin bahawa perkenan Sultan Selangor mewajibkan pengambilan dos penggalak bagi menyertai solat fardhu Jumaat di masjid adalah berasaskan konsep Fiqhiyyah, iaitu sadd adz-dzara’i.

Konsep ini bermaksud ‘mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kearah kerosakan dan bahaya’.

Mohd Zawawi menjelaskan maksud mewajibkan dos penggalak itu untuk menjawab rungutan umat Islam yang tak dapat menunaikan solat Jumaat bermula 25 Februari lalu kerana belum mengambil suntikan dos penggalak.

Ketetapan yang dibuat itu berdasarkan perkenan Sultan Selangor melalui arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 21 Februari lalu untuk pertingkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau.

Ia juga merupakan keprihatinan Baginda untuk mengurangkan jangkitan Covid-19 selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Kerajaan negeri menasihati rakyat negeri agar segera mengambil dos penggalak vaksin Covid19 bagi memastikan kesihatan diri sendiri, keluarga dan kepentingan awam. Dos penggalak ini boleh diambil secara percuma di pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) yang berhampiran.

Mungkin ada baiknya apabila kerajaan negeri mewajibkan dos penggalak untuk setiap orang. Namun, ia juga merupakan hak setiap individu untuk mengambil vaksin booster tersebut ataupun tidak.

Fikirlah apa yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kita. Janganlah kita pentingkan diri sendiri dan membuat keputusan yang boleh memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas