Connect with us

Oh! Media

“Tolong Jangan Percaya!” – Ada Yang Ambil Kesempatan, Ibu Nafi Buka Tabung Kilat Untuk Ainul

Oh! Tidak

“Tolong Jangan Percaya!” – Ada Yang Ambil Kesempatan, Ibu Nafi Buka Tabung Kilat Untuk Ainul

Semalam, negara kita dikejutkan dengan berita mengenai adik Ainul Mardhiah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) akibat jangkitan kuman.

ADVERTISEMENT

BACA: “Mula Dengan Muntah, Cirit Birit” – Keadaan Agak Kritikal Dan Tenat, Ibu Mohon Doakan Kesembuhan Ainul

Difahamkan, keadaan Ainul yang agak kritikal dan tenat kini semakin stabil dengan pengawasan pihak hospital.

Namun, ada pula insan yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam situasi ini. Menerusi hantaran terbaru di Instagram, ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi menafikan ada membuka tabung sumbangan untuk anaknya itu.

Dalam hantaran itu, Nurul Erwani menyertakan screenshot hantaran kononnya pihaknya meminta derma orang ramai.

Kalau jumpa di mana-mana posting berkaitan untuk minta sumbangan Ainul. Tolong jangan percaya ya semua! Minta semua alert dengan perkara ni. Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih.

Nurul Erwani menegaskan itu adalah taktik scammer dan memohon orang ramai tidak terpedaya. Katanya lagi, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut jika ada lagi ‘iklan’ sebegini.

Kredit: Instagram Nurul Erwani Zaidi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas