Connect with us

Oh! Media

israel

Oh! Tidak

Tentera Israel Cedera’Diserang’ Ratusan Tebuan Di Gaza

Teruskan berdoa untuk saudara kita di Palestin kerana Allah pasti akan membantu mereka dengan segala cara yang tidak akan disangka-sangka musuh. Itulah mungkin apa yang berlaku di sana selepas 12 tentera pendatang haram Israel cedera diserang ratusan tebuan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di selatan Genting Gaza pada Jumaat lepas. Perkara itu turut dilaporkan Pusat Perubatan Sheba di Tel Aviv di mana 10 orang daripada mereka dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU).

IKLAN
israel

Sebuah kereta kebal telah merempuh sarang tebuan hingga menyebabkan sebahagian anggota tentera disengat ratusan tebuan dan mengalami reaksi alahan.

Doktor di hospital berkenaan tidak pernah berdepan kejadian seperti itu. Unit ICU, anestesia, rawatan toksikologi dan pakar mata dikerahkan untuk merawat kumpulan mangsa cedera.

Ini hanya dunia! Tidak akan ada tempat untuk kau melarikan diri mahupun bersembunyi! Semoga saudara kita di Palestin bebas dari penaklukan kejam ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas