Connect with us

Oh! Media

Syarikat Lori Punca Kemalangan Tampil Mohon Maaf, Pemandu Ada 10 Rekod Kesalahan Trafik

Oh! Tidak

Syarikat Lori Punca Kemalangan Tampil Mohon Maaf, Pemandu Ada 10 Rekod Kesalahan Trafik

Tular di media sosial mengenai video rakaman dashcam memaparkan kemalangan maut menimpa seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan selepas kenderaan dipandu bapanya terlibat dengan kemalangan bersama sebuah lori muatan membawa barang.

ADVERTISEMENT

BACA: Lori Terbabas Ragut Nyawa Bayi, Anthony Loke Akan Ambil Tindakan, Takkan Berkompromi!

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang menegaskan bahawa pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan perkara ini dan akan mengambil tindakan terhadap syarikat logistik berkenaan.

Syarikat logistik tampil buat permohonan maaf

Terbaru, syarikat kepada lori yang menyebabkan punca kemalangan itu, UAC Berhad tampil memuat naik permohonan maaf menerusi laman Facebook mereka.

Menerusi hantaran itu, syarikat tersebut memaklumkan bahawa mereka mengambil maklum mengenai video dan gambar kemalangan yang tular di media sosial dan mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa terlibat. 

UAC Berhad ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat dalam kemalangan tragis ini. Kami amat berdukacita terhadap mangsa yang mengalami kehilangan dan kecederaan. Kami bersama anda di saat kesedihan ini. 

Kami sedang menghubungi keluarga yang terbabit dalam kejadian ini dan dalam masa sama juga memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan.

Syarikat berkenaan turut memaklumkan bahawa inilah pertama kali mereka berdepan dengan kemalangan yang melibatkan nyawa orang awam setelah hampir 60 tahun ditubuhkan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan bahawa pemandu lori yang berusia 47 tahun itu mempunyai 10 rekod 10 rekod kesalahan trafik.

Kredit: Facebook UAC Berhad | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas