Connect with us

Oh! Media

Lori Terbabas Ragut Nyawa Bayi, Anthony Loke Akan Ambil Tindakan, Takkan Berkompromi!

Trending

Lori Terbabas Ragut Nyawa Bayi, Anthony Loke Akan Ambil Tindakan, Takkan Berkompromi!

Semalam tular mengenai video rakaman dashcam memaparkan kemalangan maut melibatkan sebuah lori muatan yang dipercayai membawa muatan melebihi paras bahaya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Takkan Maafkan Kamu Semua” – Bayi Meninggal Kemalangan Dengan Lori, Nukilan Si Ayah Buat Netizen Sebak

Terbaru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberikan maklum balasnya mengenai kejadian yang menimpa pemandu kereta tersebut.

Saya berasa amat simpati dengan keluarga mangsa kemalangan ini yang kehilangan bayi sulung mereka. Salam takziah kepada keluarga.

Anthony Loke juga memaklumkan bahawa pihak kementeriannya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemandu dan syarikat logistik berkenaan.

Saya telah mengarahkan JPJ dan APAD untuk mengambil tindakan segera terhadap pemandu dan syarikat tersebut. Permit operasi syarikat lori ini akan digantung sementara untuk audit ke atas semua lori mereka.

Saya tidak akan berkompromi dengan pemandu dan syarikat yang membahayakan orang ramai di atas jalanraya.

Untuk info, kemalangan yang berlaku ke atas keluarga Ding Sheng Koh itu telah menyebabkan anaknya yang baru lahir meninggal dunia manakala isterinya mengalami kecederaan parah.

Kredit: Facebook Anthony Loke

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas