Hati siapa yang tak luluh bila melihat ibu sendiri melangkah masuk ke dalam dewan mahkamah, bukan untuk menuntut hak harta atau nafkah tapi untuk menamatkan ikatan perkahwinan yang telah bertahan selama 40 tahun.
Begitulah perasaan yang dirasai Eyqa Atiqah Aznan dalam perkongsian videonya di TikTok yang kini tular dan meraih pelbagai reaksi simpati.
IKLAN
Bapa hilangkan diri sejak 2016, gantung ibu tak bertali
Bermula tahun 2016, bapa Eyqa mula ‘menghilangkan diri’, langsung tidak memberikan khabar berita kepada keluarga sekali gus menggantung si isteri tak bertali.
Pada tahun 2022, dia muncul sekejap, tetapi hilang lagi setahun selepas itu. Kemunculan terakhir pada tahun 2025 hanyalah untuk satu tujuan iaitu menyerahkan dokumen pengesahan cerai serta pengesahan cerai rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Besut.
Kalau tengok orang tua yang dibuang anak-anak! Tanya dulu apa puncanya. Tak pernah merasai. Never judge. Lelaki bila tak tahu agama. Hancus la sebuah masjid dibina. Hancus la rumah tempat berteduh. Tak marah tapi terasa, tak benci tapi kecewa. Seperti dibunuh tapi tak mati seperti luka tapi tak berdarah. Tak pernah memahaminya hingga akan sendiri merasai.
Apa yang lebih memedihkan, si suami hadir ke mahkamah bersama seorang wanita dipercayai isteri kedua yang dikatakan bertindak berlebihan seolah-olah si isteri pertama ‘merampas’ suaminya.
Dakwa Eyqa, wanita itu sejak tahun 2014 lagi sering memaki hamun ibunya sehingga ibunya perlu mendapatkan rawatan psikiatri akibat tekanan emosi.
‘Iron Lady’ yang tetap kental demi anak-anak
Apa pun yang terjadi, Eyqa tetap bangga dengan ibunya yang disifatkan sebagai ‘Iron Lady’ kerana kekal tabah membesarkan empat orang anak tanpa suami di sisi.
Walaupun ditinggalkan, si ibu tetap menghormati institusi perkahwinan dan tak pernah merungut di hadapan anak-anak.
Akhir sekali, Eyqa menitipkan kata-kata semangat buat ibunya agar terus kuat kerana mereka sentiasa ada bersamanya.
Pssttt! Bila kita tengok orang tua yang ‘dibuang’ atau diabaikan anak-anak, jangan terus menghukum. Ada kisah luka yang mungkin tak kita fahami seperti kisah Eyqa ini kan?