Oh! Arena
“Masih Dalam Perbincangan..” – Keluarga Sambut Baik Isteri Muda Lagenda Bola Sepak
Menantu Datuk Abdah Alif sambut isteri baharu legenda bola sepak itu dan kongsi hubungan mereka sekeluarga.
Perkahwinan baharu legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif bukan saja mendapat perhatian ramai, malah turut disambut baik oleh ahli keluarganya.
Menantu Abdah yang menggunakan nama akaun @efafatyhafadzir di Threads berkongsi foto sekitar majlis perkahwinan tersebut, sekali gus memperlihatkan hubungan mesra antara keluarga dan isteri baharu Abdah.
Keluarga lagenda bola sepak sambut dengan hati terbuka

Dalam perkongsian itu, Abdah dan isterinya kelihatan mengenakan persalinan serba putih sambil duduk di atas pelamin bersama anak, menantu serta cucu-cucunya.
Welcome to our family. Ayah..we are very happy for u. – Tulisnya.
Perkongsian tersebut kemudian mengundang pertanyaan netizen mengenai panggilan yang sesuai buat isteri baharu Abdah. Menjawab perkara itu, menantunya mengakui mereka sendiri masih berbincang mengenai panggilan tersebut, namun hubungan antara mereka cukup selesa.

Masih dalam perbincangan sebab kami anak menantu pun dah macam kawan pulak bila berborak. Tapi rasa penuh hormat tu tetap ada. Yang penting ayah tersenyum happy tengok kitorang dgn mak tiri.- Katanya bersahaja.

Sebelum ini, rakan Abdah yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim menerusi Facebook selepas gambar pasangan itu terlebih dahulu menjadi perhatian ramai.
