Connect with us

Oh! Media

Suami Tergamak Ceraikan Isteri Dan Pilih Kahwini Janda, Rupa-Rupanya Kawan Baik Isteri Sendiri

Ohmedia curang 2

Oh! Tidak

Suami Tergamak Ceraikan Isteri Dan Pilih Kahwini Janda, Rupa-Rupanya Kawan Baik Isteri Sendiri

Kisah kecurangan dalam rumah tangga bukan benda baru, tapi bila yang terlibat tu sahabat baik sendiri, memang lain macam pedihnya.

Baru-baru ni, seorang wanita dikenali sebagai Nazratul Filza tampil berkongsi kisah hidupnya yang mengejutkan apabila rumah tangga yang dibina selama 9 tahun musnah gara-gara perbuatan curang suami bersama kawan baik sendiri.

Tak sangka kawan tikam dari belakang

Kahwin Di Siam

Apa yang lebih menyayat hati, Nazratul tak sangka orang yang dia percaya selama ni sanggup menikam dari belakang dan ‘menyondol’ suaminya sendiri.

IKLAN

Perkongsian yang dimuat naik di Facebook sempena Hari Raya ke-10 itu pantas mencuri perhatian netizen yang rata-rata turut meluahkan rasa simpati.

Dalam perkongsian tersebut, Nazratul menyifatkan kawannya sebagai jenis bermuka-muka, tikam dari belakang dan tak tahu malu.

Sanggup ceraikan isteri demi janda

489819900 10012364245462949 8693979438970852036 n

Malah dia menyatakan rasa kesal kerana tidak menyangka hubungan perkahwinannya akan berakhir dengan kecurangan melibatkan sahabat sendiri.

Kawan yang macam ni lagi bahaya. Biar mulut macam puaka, jangan perangai macam s*****. Tak pernah menyangka perkahwinan 9 tahun berakhir seperti ini. Bila suami berskandal & curang dengan sahabat sendiri.

Dia turut memetik nama wanita yang didakwa sebagai ‘perosak rumah tangga’ dan suaminya yang didakwa sanggup menceraikan isteri demi janda.

Aku letgo Fikr* Hu**in pada ko, the real jantan yang menjandakan bini untuk janda .Terima kasih untuk 9 tahun perkahwinan, cerita kita telah habis.

Menurutnya lagi, walaupun manusia tak lari dari kesilapan, menjalin hubungan sulit dengan suami orang bukan satu kecuaian tapi pilihan.

Nazratul juga mendoakan agar kebenaran dan kifarah menimpa mereka yang menyebabkan penderitaan dalam hidupnya.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Nazratul Filza Ibharin
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas