Connect with us

Oh! Media

Sneakers Termahal Di Dunia Dilelong RM7.4 juta

Trending

Sneakers Termahal Di Dunia Dilelong RM7.4 juta

Satu lelongan peribadi di Washington telah mencatat sejarah dalam dunia sneakers apabila berjaya menjual sample Nike Air Yeezy Kanye West pada harga AS$1.8 juta (RM7.4 juta), sekali gus menjadikannya sneakers paling mahal di dunia.

ADVERTISEMENT

Menurut CNN, kasut itu dijual melepasi harga asalnya iaitu AS$1 juta (RM4.1 juta). Kenyataan itu disahkan pada hari isnin lepas menerusi rumah lelong Sotheby’s. Rapper daripada Amerika Syarikat itu telah membuat prototaip kasut berkenaan pada Anugerah Grammy ke-50 pada tahun 2008.

Kasut itu juga tidak pernah dijual di mana-mana kedai Nike mahupun reseller lain. Sotheby’s mengesahkan bahawa kasut sneaker itu adalah yang pertama dijual dengan harga melebihi AS$1 juta.

Kasut bersaiz 12 itu merupakan saiz kaki Kanye yang diperoleh oleh RARES iaitu satu platform yang membolehkan pelabur atau pengguna untuk membeli dan menjual saham menerusi kasut edisi terhad atau yang paling dikehendaki.

Dalam satu kenyataan media oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas RARES, Gerome Sapp berkata, membeli kasut yang dipakai di Anugerah Grammy itu seperti membeli ‘barangan bersejarah’.

“Matlamat kami untuk membeli kasut ikonik seperti itu untuk meningkatkan aksesibiliti dan melahirkan budaya kasut dengan alat untuk mendapatkan kebebasan kewangan melalui RARES,” katanya.

Ketua pakaian jalanan dan koleksi moden Sotheby’s, Brahm Wachter dalam satu kenyataan berkata penjualan itu seperti legasi Kanye sebagai salah satu individu paling berpengaruh dalam pereka pakaian dan kasut pada zaman ini.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas