Connect with us

Oh! Media

Resepi Khairul Aming Yang Pasti Buatkan Kita Terliur Bakal Kembali Ramadhan Tahun Ini

Trending

Resepi Khairul Aming Yang Pasti Buatkan Kita Terliur Bakal Kembali Ramadhan Tahun Ini

Setiap kali menjelang Ramadan, menu dan masakan pemuda berbakat ini sering kali mendapat sambutan hangat. Bukan itu sahaja, keunikan yang diberi dalam setiap video membuatkan ramai yang tertunggu-tunggu kemunculannya.

ADVERTISEMENT

Besar sungguh aura yang dibawa Influencer terkenal, Khairul Aming ini kan. Sebut sahaja nama beliau, pasti ramai yang tahu dengan kehebatannya ‘berperang’ di dapur!

Perkongsian pendek teaser itu turut dikongsi Khairul Aming sendiri di lama Twitternya yang memaparkan permulaan beliau dari tahun 2018.

Keunikan yang diselit dalam setiap video menjadi pencukup rasa hinggalah berjaya sampai ke tahap ini. Mana tidaknya, siap berpantun lagi..

Pergi ke hutan membawa tongkat, tongkat patah digigit buaya, pejam celik puasa dah nak dekat..tapi tahun ni, nak masak apa ya?

30 Hari 30 Resepi bakal kembali! Selamat datang ke tahun ke-4.

Khabarnya, kali ini akan ada something bigger? Tak sabarnya! Hasil sambutan luar biasa ini, postingtersebut telah pun meraih 26.2 k Retweet dalam tempoh kurang 24 jam. Luar biasa hebat, sama-sama kita nantikan ya.

Kredit: Khairul Aming

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas