Connect with us

Oh! Media

Presiden Iran Dan Menteri Ditemui Meninggal Dunia

presiden iran

Oh! Tidak

Presiden Iran Dan Menteri Ditemui Meninggal Dunia

Sebentar tadi Ohmedia ada berkongsi berita tentang kejadian nahas helikopter yang dinaik Presiden Iran. Terkini, memetik laporan Astro Awani, Ebrahim Raisi dilaporkan sudah dijumpai meninggal dunia.

ADVERTISEMENT

BACA: Helikopter Bawa Presiden Iran Dan Menteri Terhempas

Helikopter bawa Presiden Iran dan Menteri Luar terbakar sepenuhnya…

Berdasarkan laporan yang memetik jurucakap kerajaan, helikopter tersebut telah terhempas dan terbakar sepenuhnya.

Helikopter Presiden Raisi terbakar sepenuhnya dalam nahas itu… malangnya, semua penumpang dikhuatiri maut. – Kata Pegawai Iran.

Turut meninggal dunia adalah Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian.

presiden iran

Pasukan penyelamat bertarung dengan cuaca sejuk…

Dalam pada itu, pasukan penyelamat di lokasi nahas juga sedang bertarung dengan ribut salji yang pastinya sangat sejuk.

Kami dapat melihat bangkai pesawat dan keadaan tidak kelihatan baik. Kami sedang mencari dengan teliti setiap inci kawasan umum nahas, di mana cuaca sangat sejuk, hujan dan berkabus.

Setakat ini, semua sumber tentera dan Pengawal Revolusi Iran telah dikerah untuk operasi.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas