Connect with us

Oh! Media

nabil

Trending

Ingat Sakit Perut Biasa, Ibu Arwah Nabil Ralat Tak Paksa Anak Jumpa Doktor

Ibu kepada Allahyarham Nabil Zamanhuri meluahkan rasa ralat kerana tidak memaksa anaknya untuk membuat pemeriksaan doktor.

Menurut Fatimah Abdullah, arwah sebenarnya sudah menunjukkan tanda sakit sejak tiga bulan lalu. Arwah sering gosok perut dan hilang selera makan.

IKLAN

Katanya, setiap kali berbuka puasa atau makan malam bersama, arwah akan tiba-tiba berhenti makan kerana pedih perut.

Arwah menganggap terkena gastrik, senak perut atau masuk angin. Sebagai ibu, dia berkali-kali meminta arwah untuk ke hospital tetapi arwah menyangka hanya sakit biasa.

nabil zamanhuri

Dengan penuh rasa ralat, Fatimah berkata jika arwah masih anak kecil, dia pasti akan ‘mengheret’ Nabil ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Umi terasa ralat sebab tidak paksa Nabil buat pemeriksaan medikal sebab kita take for granted kita masih muda. I know you did your best to take care of everyone around you but please my dear son, never put yourself behind.

Fatimah mendoakan semoga roh anaknya tenang di samping atuk, nenek dan seluruh ahli keluarga yang sudah pergi.

Dia berharap mereka dapat disatukan di syurga kelak. Dengan penuh rasa hiba, Fatimah tidak menyangka anak akan pergi dahulu darinya.

Perkongsian penuh:

@timbigpix

Assalammualaikum Nabil, anak Umi sorang. Umi nak minta maaf kerana tidak teruskan hasrat Umi untuk bawa Nabil ke hospital setiap kali Umi nampak Nabil gosok perut Nabil dan hilang selera makan. Umi senentiasa risau kerana keadaan Nabil sudah agak berlarutan juga. Its started 3 months ago. Memang ianya bunyi tak serius bila kita anggap ianya seolah sakit perut biasa tetapi ianya sudah memberi signal bahawa ada yang tak kena. Setiap kali kita pergi berbuka puasa bersama atau makan malam bersama, I can see that you stop eating dengan tiba-tiba kerana rasa pedih di perut. Adakala dianggap gastrik atau senak perut, angin dan kekadang purging. Berkali-kali Umi minta Nabil ke hospital tapi Nabil anggap ianya sakit biasa biasa saja. Jika Nabil ni maseh anak kecil Umi, I would have dragged you to hospital and buat check up hingga puas hati. Ingatlah jika sakit yang kita anggap ringan tapi berlarutan ianya sudah memberi signal pada kita supaya jangan ambil ringan. Apa pun Umi faham you just do not want to susahkan Umi 😔 Umi terasa ralat sebab tidak paksa Nabil buat pemeriksaan medikal sebab kita take for granted kita maseh muda. I know you did your best to take care of everyone around you but please my dear son, never put yourself behind. Without you our life is not going to be the same anymore. I only have 3 of you….😢 Umi ingat Nabil yang akan mandikan dan solat jenazah Umi dan Ayah terdahulu tapi Allah lebih sayangkan Nabil. Rehatlah anak ku, Umi akan senentiasa berdoa agar Nabil bahagia dan tenang di samping Nenek, Tokyah dan semua yang telah mendahului kita dan kita akan disatukan di syurga Allah. Aamiin Aamiin Yrb Alamin AL-FATIHAH 😢

♬ Al-Mulk – محمد البراك

Kredit: TikTok @timbigpix

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas