Connect with us

Oh! Media

Penunggang Lawan Arus Sebabkan Kematian Mengaku OKU Dan Sakit Mental

Lawan Arus 2

Oh! Tidak

Penunggang Lawan Arus Sebabkan Kematian Mengaku OKU Dan Sakit Mental

Jun lalu, tular di media sosial penunggang motosikal Ducati, Ahmad Fadzil Omar Azaddin maut disebabkan seorang penunggang lain yang secara tiba-tiba lawan arus.

BACA: Suspek Lawan Arus Serah Diri, Juga Cedera Parah Motosikal Bergesel

Dalam prosiding yang berlangsung hari ini, suspek dikenali Mudzyadaha Mohammad mengaku orang kurang upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mental.

IKLAN
2260526
Foto Sinar Harian

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail berkata, anak guamnya mendapatkan ubat untuk rawatan psikiatri selain mendapat surat rujukan daripada doktor semasa ditahan di sebuah hospital di Kajang.

Malah, anak guamnya merupakan seorang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semasa kejadian, peguam berkata, tertuduh tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya perlanggaran.

Tambahnya, tekanan perasaan yang dihadapi tertuduh semakin meruncing selepas terlibat dalam kemalangan di mana dia perlu menyara isteri dan tiga anak.

Sebelum ini, dia kehilangan pekerjaan sebagai pengemudi kereta api kemudian mencari rezeki dengan memandu lori.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran tak membantah permohonan peguam untuk membenarkan tertuduh menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Majistret, Amalina Basirah Md Top kemudian mengarahkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Kredit: Sinar Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas