Connect with us

Oh! Media

Suspek Lawan Arus Serah Diri, Juga Cedera Parah Motosikal Bergesel

suspek lawan arus

Trending

Suspek Lawan Arus Serah Diri, Juga Cedera Parah Motosikal Bergesel

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang memaparkan seorang penunggang motosikal lawan arus sehingga menyebabkan kemalangan penunggang lain.

ADVERTISEMENT

Lebih menyedihkan apabila mangsa kemalangan itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh kira-kira 30 meter daripada jejambat.

BACA: Lelaki Maut Jatuh Flyover Cuba Elak Motor Lawan Arus, Netizen Desak Cari Pelaku Ke Lubang Cacing

Terbaru, suspek melawan arus itu akhirnya tampil menyerah diri apabila membuat laporan polis semalam.

lawan arus
Foto: Berita Harian

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, ketika kejadian suspek dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kajang dari Ampang.

Suspek berkata dia membuat keputusan memasuki jejambat Lebuhraya SUKE secara melawan arus akibat tersesat.

Dilaporkan, suspek turut terjatuh daripada motosikalnya selepas bergeser dengan motosikal mangsa.

Akibat kemalangan itu, suspek turut mengalami pelbagai kecederaan antaranya patah bahu kanan, patah jari kelingking selain luka pada bahu kiri dan kaki kanan.

Pihak polis tak menahan suspek kerana kecederaan yang dialaminya agak parah. Polis merampas motosikal Yamaha milik suspek dan beberapa barang kes lain untuk siasatan.

Tambah Mohd Azam, suspek dipercayai mendapat tahu mengenai mangsa selepas menonton berita di televisyen.

Dalam perkembangan lain, kedua-dua motosikal iaitu milik mangsa dan suspek akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas