Connect with us

Oh! Media

Pemilik Klinik Swasta Di Kota Bharu Ditahan, Kantoi Tawar Kad Palsu Vaksinasi?

Trending

Pemilik Klinik Swasta Di Kota Bharu Ditahan, Kantoi Tawar Kad Palsu Vaksinasi?

Sebelum ini kami melaporkan terdapat sepasang suami isteri dicekup pihak polis selepas didapati membeli sijil vaksinasi Covid-19 palsu.

ADVERTISEMENT

BACA : Risau Terlepas Bonus Tahunan, Penjawat Awam Kantoi Beli Sijil Vaksin Palsu

Menurut laporan Berita Harian, pihak polis sekali lagi telah menahan empat lagi individu yang disyaki membabitkan kad palsu vaksinasi termasuk seorang pemilik klinik swasta di Kota Bharu, Kelantan.

Pihak polis bersama pihak kakitangan Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK) melakukan serbuan di klinik tersebut dan berjaya menahan pemilik serta tiga individu lain melalui tangkapan berasingan.

Terdapat kad vaksinasi dan lain-lain dokumen berkaitan turut dirampas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Hasil semakan mendapati bahawa terdapat beberapa individu yang didakwa telah menerima suntikan di klinik swasta itu tidak mempunyai rekod vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

Kesemua mereka yang ditahan itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Macam-macam hal, kenapa takut sangat nak ambil vaksin tu? Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas