Connect with us

Oh! Media

Nak ‘Kongsi’ Rezeki, Pakcik Ini Masih Jual Roti Canai RM1

roti canai rm1

Trending

Nak ‘Kongsi’ Rezeki, Pakcik Ini Masih Jual Roti Canai RM1

Walaupun harga barang sedang mencanak naik, seorang pakcik yang memiliki gerai di Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam masih kekalkan harga RM1 untuk sekeping roti canai di gerainya.

ADVERTISEMENT

BACA: Tepung Dah Mahal, Harga Roti Canai Mungkin Akan Naik

Menerusi laporan Kosmo, peniaga bernama Ismail Ibrahim mengatakan dia masih meletakkan harga yang sama sejak enam tahun lalu sebab nak kongsi rezeki dengan pelanggannya.

Tak tergamak nak naikkan harga

roti canai rm1
Foto: Kosmo

Ketika ini, semua harga bahan mentah naik. Sebelum ini harga seguni tepung gandum dengan kuantiti 25 kilogram (kg) adalah RM50, tetapi sekarang RM70 seguni, manakala 10kg kacang parpu pula RM23 dan kini harganya RM32.

Situasi kenaikan harga bara­ngan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. -Ismail Ibrahim

Ismail mengatakan walaupun harga barang semuanya naik mendadak, dia tak tergamak nak naikkan harga roti canai yang dijual meskipun tak dapat untung yang besar.

Dah dapat pusing modal pun Ismail sudah bersyukur kerana niatnya yang sebenar mahu berkongsi rezeki dengan pelanggan yang setia menyokongnya selama 40 tahun berniaga.

Menurut Ismail, setiap hari dia berjaya menjual kira-kira 250 keping roti canai dengan pelbagai menu seperti roti canai banjir, roti canai telur, sardin dan juga roti kosong.

Biasanya pelanggan lebih gemar makan roti canai banjir iaitu campuran kuah kari dan kuah parpu bersama telur sebiji yang berharga cuma RM2.

Azimin Ramli yang sudah menjadi pelanggan setia Ismail sejak 11 tahun lalu mengatakan dia sanggup berulang-alik dari Kulim Kedah ke Permatang Rawa semata-mata nak makan roti canai banjir.

Harga berpatutan teksturnya juga lembut. Susah hendak dapat harga (RM1) seperti itu di kedai-kedai lain sekarang.

Wahh, korang ada yang pernah pergi ke gerai pakcik Ismail tak? Lepasni kalau singgah ke Permatang Rawa, bolehlah cuba makan roti canai ni!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas