Connect with us

Oh! Media

Nak Halau Monyet Guna Mercun Bola, Tapi Tangan Sendiri Yang Kena

Trending

Nak Halau Monyet Guna Mercun Bola, Tapi Tangan Sendiri Yang Kena

Terdapat satu kejadian dimana seorang individu yang bernama Masturi Mustafa cuba untuk menghalau monyet dengan mercun bola mengundang padah apabila ia meletup di tangannya sendiri. Allahu, kesiannya..

ADVERTISEMENT

BACA : Mangsa Buntu Rumah Tiba-Tiba Kena Dua Das Tembakan Senapang Angin

Menurut laporan Harian Metro, Masturi mengatakan yang perkara itu membuatkan dua jari di tangan kanannya bengkak kerana cincin yang dipakainya tersekat.

Sewaktu kejadian, Masturi melakukan kerja pembersihan di rumah adiknya yang terletak di Bukit Belimbing, Tanjong Karang dan menggunakan mercun tersebut untuk menghalau monyet liar.

Bagaimanapun, saya tidak sangka ia tiba-tiba meletup di tangan. Akibat letupan itu, dua jari tangan saya berdarah dan sangat menyakitkan.

Kemudian, adik iparnya terus menghantar dia ke Hospital Tanjong Karang untuk dapatkan rawatan dan pihak bomba telah menerima panggilan untuk khidmat bantuan khas dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis.

Didapati dua cincin tersekat pada jari mangsa dalam keadaan membengkak. Operasi menanggalkan cincin itu mengambil masa 12 minit.

Tahu-tahu meletup! Bahaya betul mercun ni. Semoga kita semua dijauhkan dari kejadian sebegini. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas