Connect with us

Oh! Media

Mangsa Buntu Rumah Tiba-Tiba Kena Dua Das Tembakan Senapang Angin

Trending

Mangsa Buntu Rumah Tiba-Tiba Kena Dua Das Tembakan Senapang Angin

Terdapat dua tembakan yang dilepaskan di sebuah rumah di Kampung Bechah Keranji, Melor, Kota Bharu. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Wanita Tinggalkan Motosikal Dan Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada pukul 4 pagi semalam dan polis kini mengesan dua suspek yang disyaki melepaskan tembakan dipercayai menggunakan senapang angin.

Ketika kejadian, mangsa yang sedang tidur terdengar bunyi kuat yang seakan tembakan di luar rumah dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Pengadu bangun untuk membuat pemeriksaan di luar rumah dan terdengar bunyi tembakan kali kedua sebelum ternampak bayangan dua lelaki memegang lampu suluh melarikan diri.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lubang sebesar guli di cermin Toyota Hilux milik abang ipar mangsa dan cermin pintu gelongsor pecah.

Berdasarkan pernyataan pengadu, tembakan yang dilepaskan dipercayai menggunakan senapang angin dan kami masih siasat motif kejadian.

Mangsa yang merupakan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras itu tidak mengesyaki sesiapa dan tiada masalah hutang atau gaduh dengan individu lain.

Apa pandangan korang? Semoga sesiapa yang melakukan perkara itu ditangkap segera. Bahaya betul!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas