Connect with us

Oh! Media

“Muka Jadi Biru Setiap Kali Menangis” – Bayi 3 Bulan Derita Tiga Penyakit Kronik

Trending

“Muka Jadi Biru Setiap Kali Menangis” – Bayi 3 Bulan Derita Tiga Penyakit Kronik

Muhammad Adha Mikhael Kamaruddin, seorang bayi berusia 3 bulan menanggung tiga penyakit yang berisiko tinggi iaitu jantung berlubang, injap jantung sempit serta penyakit paru-paru kronik.

ADVERTISEMENT

BACA: Jatuh Dari Kerusi Bayi, Kanak-Kanak Dua Tahun Maut

Menurut laporan Berita Harian, ibu bapa kepada bayi itu sedang menjalani kesempitan hidup dan perlu menampung tiga beradik lain yang masih lagi bersekolah di Tanah Merah, Kelantan.

Hati seorang ibu

Ibu kepada bayi itu berkata, Mikhael ditahan di Unit Rawatan Neonatal (NICU) selama enam hari akibat jangkitan kuman pada paru-paru selepas dilahirkan.

Saya memerhatikan keadaan Mikhael tidak seperti biasa apabila nafasnya terlalu laju selain wajahnya bertukar menjadi biru setiap kali menangis tanpa henti.

Keputusan hasil rawatan dari Hospital Tanah Merah menunjukkan bayi berusia 3 bulan itu menghidap injap jantung sempit serta jantung berlubang. Tambahan pula, ibu kepada bayi itu sentiasa berjaga pada waktu malam kerana risau anak bongsunya itu mengalami sesak nafas.

Kesempitan hidup yang ditanggung oleh keluarga itu agak menyukarkan apabila Mikhael hanya bergantung kepada susu formula khas. Selain itu, mereka juga terpaksa berjimat cermat dalam menampung kadar sewa rumah, keperluan harian serta anak-anak yang masih lagi bersekolah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas