Trending
Jatuh Dari Kerusi Bayi, Kanak-Kanak Dua Tahun Maut
Semalam di Johor Bahru, seorang kanak-kanak lelaki maut apabila terjatuh daripada kerusi bayi (baby chair) ketika menikmati makanan di sebuah restoran bersama keluarganya.
BACA: Penjaga Kena Denda RM30 Kalau Budak Kecil Buat Bising Dalam Restoran Jadi Persoalan
Dikatakan kanak-kanak tersebut bersama dengan ibu bapanya di sebuah restoran berdekatan Taman Sutera kira-kira jam 3 petang sebelum insiden tersebut berlaku.
Tolak meja sebelum jatuh

Menurut laporan polis, kanak-kanak lelaki tersebut menolak meja dengan menggunakan kaki hingga menyebabkan kerusi bayi yang sedang didudukinya itu terjatuh lalu kepalanya terhentak ke lantai.
Kanak-kanak itu menangis dengan kuat sebelum pengsan.
Kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta Iskandar Puteri. Mayat itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat dan kertas laporan dibuka atas laporan mati mengejut (SDR).
Kredit: Astro Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM