Connect with us

Oh! Media

“Saya Akan Jadi Antara Individu Pertama Untuk Terima Suntikan Vaksin” – Muhyiddin

Trending

“Saya Akan Jadi Antara Individu Pertama Untuk Terima Suntikan Vaksin” – Muhyiddin

Bukan hanya di Malaysia, tapi hampir seluruh dunia sudah mula menerima vaksin bagi wabak pandemik yang telah melanda umat manusia. Bahkan kalau kita tengok di Amerika Syarikat, Joe Biden siap buat liputan live lagi dekat TV waktu terima suntikan vaksin Covid-19.

ADVERTISEMENT

Usaha itu dibuat pemimpin AS untuk yakinkan rakyat yang vaksin itu selamat untuk diambil. Dengan tujuan yang sama, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut buat pengumuman yang beliau akan jadi antara individu pertama yang bakal terima suntikan vaksin Covid-19.

“Bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat dan berkesan, saya akan jadi antara individu pertama terima suntikan.” – katanya.

Ia kemudian akan diikuti oleh barisan frontliners dan kumpulan sasar atau kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik. Tambahnya, kerajaan jangka bekalan pertama sejuta dos vaksin dari syarikat Pfizer akan mula diterima dan diberikan pada kumpulan sasaran seawal bulan Februari tahun depan.

Kerajaan juga akan pastikan yang bekalan vaksin akan diperoleh dalam kadar segera. Kalau korang nak tahu, ada jawatankuasa khas yang dah pun ditubuhkan untuk uruskan hal ini iaitu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin. Ia dipengerusikan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kementerian Kesihatan menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara juga akan memantau tahap keberkesanan dan keselamatan vaksin tersebut pada penerima. Walaupun sudah ada vaksin, namun Muhyiddin tetap ingatkan rakyat supaya terus patuh pada SOP dan membudayakan norma baharu dalam kehidupan seharian.

“Kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virus ini telahpun berada dalam komuniti.” – tambahnya.

Harapnya, ini satu petanda yang baik untuk negara kita bergerak ke arah yang lebih sihat. Tapi, bila dah ada vaksin, mesti ada pula cabaran baru yang kerajaan perlu hadapi. Itu belum lagi sentuh golongan anti-vaksin. Jadi sebagai rakyat, berilah kerjasama yang baik pada kerajaan dan sentiasa patuh pada arahan untuk kebaikan kita bersama.

Kredit: Sinar Harian, Youtube Metro TV

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas