Oh! Tidak
Mona Din Dakwa Ada Perjumpaan Tertutup Berkait Zara Qairina
Aktivis Mona Din dedah wujud perjumpaan tertutup dakwa wakili VIP Sabah dalam kes kematian Zara.
Kadang-kadang pelik juga bila dengar cerita di sebalik kes besar yang jadi perhatian orang ramai. Baru-baru ni, aktivis terkenal Mona Din buat satu pendedahan mengejutkan di Facebook.
Katanya, wujud satu perjumpaan tertutup di Kota Kinabalu yang kononnya ada kaitan dengan kes arwah pelajar, Zara Qairina.
Apa yang lebih mencurigakan, perjumpaan tu didakwa turut melibatkan guru sekolah arwah, influencer, wakil media tempatan dan beberapa penganjur himpunan JusticeForZara.
Bila dengar macam ni, tak hairanlah orang ramai makin tertanya-tanya, apa sebenarnya yang cuba disampaikan?
Perjumpaan tertutup berkait Zara Qairina di Kota Kinabalu…

Menurut Mona, perjumpaan tu berlangsung pada 29 Ogos lalu dengan kehadiran lebih kurang 12 orang. Antara naratif yang dibangkitkan dalam sesi itu adalah cerita kononnya arwah Zara benci ibu kandungnya serta kemungkinan dia ‘mengigau atau berjalan dalam tidur’ sebelum terjatuh dari bangunan asrama.
Mona turut dedahkan mesej jemputan rasmi kepada influencer yang menyatakan perjumpaan itu dianjurkan atas inisiatif seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang kononnya mewakili seorang VIP Sabah.
Katanya, tujuan utama adalah untuk membersihkan nama sekolah dan redakan tekanan yang dihadapi guru serta pelajar.
VIP Sabah nafi terlibat…

Namun, lepas dakwaan ni jadi tular, pihak terbabit terus menafikan penglibatan mana-mana VIP Sabah. Tapi penafian tu tak meredakan persoalan, malah menimbulkan tanda tanya lebih besar, siapa sebenarnya dalang di sebalik perjumpaan ni?
Mona pula tegas mendakwa dia ada banyak lagi bukti lain termasuk mesej, jemputan rasmi dan maklumat tentang guru-guru yang pernah terlibat dalam pertemuan seumpamanya.
Dari awal minggu lagi, sahabat saya dimaklumkan mengenai perjumpaan ini. Nama rasmi dengan jawatan disebut jelas, konon mewakili VVIP Sabah. Tiba-tiba selepas kecoh, mereka mahu nafikan pula.- Jelas Mona.
Guru lelaki didakwa buat spekulasi bukan-bukan…
Lebih mengejutkan, salah seorang guru lelaki dari sekolah berasrama tu didakwa mengaitkan kematian arwah Zara dengan kemungkinan ‘mengigau atau terjun sendiri’, sekali gus menolak unsur pergelutan dalam insiden tu.
Mona anggap tindakan mengajak guru-guru ke perjumpaan sebegitu sangat tak wajar, terutama ketika masyarakat masih menunggu laporan rasmi termasuk hasil post-mortem dan inkues.

Jika benar niatnya untuk membersihkan nama sekolah, mengapa tidak Pengetua atau pihak Kementerian Pendidikan sendiri tampil? Mengapa perlu guru tertentu yang dibawa ke sesi tertutup dengan influencer?- Soalnya.
Disebabkan dakwaan serius tu, Mona menggesa ibu arwah Zara supaya segera membuat laporan polis dan mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada guru yang terlibat, bagi menuntut bukti terhadap naratif yang cuba disebarkan.
Pssttt! Kes ni betul-betul buatkan kita sedar yang jangan mudah percaya dengan cerita sebelah pihak, apatah lagi bila kes masih dalam siasatan. Ohmedia nasihatkan korang supaya tunggu hasil rasmi dari pihak berkuasa dan jangan cepat terpengaruh dengan naratif yang belum tentu sahih. Ingat, kebenaran tetap akan terbongkar, cepat atau lambat.
Kredit: Bungaraya.my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM