Connect with us

Oh! Media

Dituduh Ada Hubungan Keluarga Dengan PM Muhyiddin Yassin, Tengku Zafrul Minta Penjelasan

Oh! Negara

Dituduh Ada Hubungan Keluarga Dengan PM Muhyiddin Yassin, Tengku Zafrul Minta Penjelasan

Nampaknya ada pihak yang cuba memburukkan nama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz apabila mengatakan dirinya ada hubungan keluarga bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ADVERTISEMENT

Mereka juga mendakwa Tengku Zafrul ada kepentingan dalam kerajaan. Semua dakwaan ini dinafikan sama sekali oleh Tengku Zafrul dan meminta pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dakwaan ini menjelaskannya.

Boleh tolong jelaskan bagaimana saya mempunyai hubungan persaudaraan dengan Perdana Menteri melalui perkahwinan. Bagaimana hubungan saudara melalui tiga perkahwinan merupakan transaksi pihak berkaitan (yang ditakrifkan dalam peraturan Bursa)? Tidak ada kaitan. – Katanya.

Tengku Zafrul juga menegaskan dirinya tidak pernah terlibat dalam sebarang penubuhan cawangan UMNO kerana beliau bukanlah ahli mana-mana parti politik. Tengku Zafrul menyatakan yang dia tidak berminat untuk sertai parti politik buat masa ini.

Fokus mengapa saya berada di sini adalah untuk membantu merangsang ekonomi ke arah pemulihan. – Jelasnya lagi.

Memang itulah yang kita sebagai rakyat dapat lihat apa yang dilakukan Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan pada waktu ini. Beliau tidak bercakap soal politik, tetapi hanya mengeluarkan kenyataan bagaimana ingin menyelamatkan Malaysia yang kini sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas