Connect with us

Oh! Media

“Masa Mereka Kemalangan, Kami Sudah Jauh Ke Depan” – Aziz M Osman

Trending

“Masa Mereka Kemalangan, Kami Sudah Jauh Ke Depan” – Aziz M Osman

Baru-baru ini, terjadi sebuah insiden yang mana empat kru produksi filem terlibat dalam sebuah kemalangan melibatkan kereta dinaiki mereka terbabas.

ADVERTISEMENT

BACA: “Filem ‘Kualiti’ Tidak Boleh Tampung Belanja Saya Sekeluarga”

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kota Bahru-Kuala Terengganu itu menyebabkan seorang kru meninggal dunia manakala tiga lagi rakannya parah.

Insiden yang berlaku itu menyebabkan mangsa, Muhammad Nurshamril Abdul Malek yang juga pemandu Perodua Alza itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penerbit Aziz M Osman dedah situasi kejadian

Bagaimanapun, insiden yang berlaku semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur merupakan kru syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman iaitu Ace Motion Pictures Sdn Bhd.

Menurut laporan Harian Metro, Aziz ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, bapa mertua dan seorang anaknya yang juga kru produksi menaiki kenderaan lain untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu.

Kami ke Kota Bharu pada isnin lalu untuk menjalani projek Dokumentari Seniman Negara, Khatijah Awang.

Kami menaiki dua kenderaan, satu saya bersama keluarga iaitu isteri, bapa mentua yang juga pengarah projek ini serta anak saya yang mana terbabit sebagai kru. Satu lagi kereta dinaiki empat kru itu.

Menurutnya, dia tidak mampu menjelaskan bagaimana kemalangan tersebut mampu berlaku kerana dirinya sudah jauh di hadapan.

Kalau tanya saya, saya sendiri tidak boleh jelaskan bagaimana kemalangan boleh berlaku. Ini kerana kami sudah jauh ke depan dan tidak dapat berhubung terus dengan mereka.

Tambahnya lagi, mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Kuala Lumpur manakala tiga yang cedera dirawat di sebuah Hospital di Terengganu.

Mungkin disebabkan microsleep

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Ace Motion Pictures Sdn Bhd, Puteri Lily Lokman, beliau menyatakan kemalangan tersebut mungkin disebabkan oleh microsleep.

Mereka pekerja saya. Mereka tak laju tapi ‘microsleep’. Peringatan untuk kita juga, kalau mengantuk berhenti. Mereka baru lepas makan tengah hari, mungkin lepas makan mengantuk.

Selain itu, Lily juga turut menyeru orang ramai agar mendoakan segala urusan keluarga mangsa dipermudahkan.

Kredit: Harian Metro I Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas