Connect with us

Oh! Media

Lelaki Teruskan Majlis Nikah Walaupun Tahu Isteri Adalah ‘Wanita Jadian’?

Oh! Tidak

Lelaki Teruskan Majlis Nikah Walaupun Tahu Isteri Adalah ‘Wanita Jadian’?

Astaghfirullah, makin banyak ye berita kahwin sesama jantina di Indonesia. Baru-baru ini, ada satu lagi pasangan sejenis masih teruskan untuk bernikah walaupun tahu hubungan ini haram.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Terkejut Kena ‘Game’, Dapat Tahu Isteri Sama Jantina Lepas 12 Hari Nikah

Menerusi laporan Tribun Jateng, perkara ini terbongkar kerana keluarga lelaki ini mencurigai identiti wanita jadian itu lalu mebawanya ke balai polis.

Lebih mengejutkan wanita jadian, Dela mendedahkan suaminya, Naim telah tahu dia adalah lelaki sejati sebelum bernikah lagi.

Namun keduanya membuat pilihan untuk merahsiakan cinta terlarang ini dan meneruskan pernikahan atas dasar sayang.

Keterangan wanita jadian ini bercanggah apabila Naim mengatakan dia tidak tahu isterinya adalah lelaki kerana mereka melakukan hubungan intim dalam keadaan gelap.

Buat masa sekarang ni, Dela akan berdepan dengan hukuman penjara kerana memalsukan dokumen sehingga berjaya menipu pejabat agama untuk meluluskan pernikahan itu.

Ada juga ye macam ni? Pelik-pelik je sekarang ni tapi apa-apa pun harapnya perkara macam ni dijauhkan dari kita lah ye.

Kredit: Tribun Jateng

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas