Connect with us

Oh! Media

ustaz don

Trending

Ketua Pengarah RTM Kecewa Dengan Tindakan Ustaz Don Daniyal

Petang tadi pihak RTM telahpun memutuskan untuk menamatkan serta merta penglibatan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dalam program Salam Baitullah.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dalam pada itu mengakui kecewa dengan apa yang dilakukan Ustaz Don kerana tidak melakukan tugas seperti yang dipersetujui.

IKLAN

Tugas dia dalam program ini hanya bertanya soalan seperti wartawan, tak perlu nak ‘membedah’ hadis atau menyampaikan dakwah menggunakan hadis yang tidak sahih

Sudah tentu saya rasa geram dan sedih sebab kami sudah berbincang dan menegur perkara ini. Malah, dia juga sedar dan memohon maaf seandainya ada kesilapan yang dilakukan dalam program itu.

Sudah beri peringatan tetapi masih berlaku…

Saya sangat terkilan apabila dia tidak mengikut garis panduan yang sudah diberikan. Malah, pihak produksi juga sudah pesan supaya berhati-hati dalam setiap perkongsian yang ingin dibuat

Kalau boleh kami nak jauh daripada kontroversi sebab objektif program ini nak dapatkan perkhabaran dari Tanah Suci Makkah sempena musim Haji.

Suhaimi juga merasakan Ustaz Don seharusnya faham dengan situasi yang berlaku ketika ini dan tidak melakukan kesilapan sama.

Kami berusaha keras untuk dapatkan pertolongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pakar agama untuk membenarkan dia kembali bertugas dalam program Salam Baitullah ini.

Dia kena tahu yang kami sentiasa bekerjasama dengan pihak yang pakar, tapi dia tetap juga nak merujuk hadis yang lemah sekali gus mengundang pertikaian sesama agamawan.

Sebelum ini Ustaz Don telah berkongsi satu lagi petikan hadis yang diragui apabila berkata, melihat wajah seorang guru alim lebih baik daripada sedekahkan 1000 kuda di jalan Allah.

Kredit: Harian Metro

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas