Oh! Artis
“Benda Emergency, Bukan Buat Show” – Achey Dituduh Sombong Sebab Tak Layan Peminat Nak Selfie Di Hospital
Siapa tak kenal dengan selebriti popular, Achey yang memiliki jutaan pengikut di media sosial. Lumrah bila dah jadi artis, ke mana je pergi mesti akan menjadi tumpuan ramai.
BACA: “Rezeki Allah Luas” – Gagal Ujian IVF, Peminat Beri Semangat Pada Achey Dan Isteri
Sampaikan Achey dituduh sombong hanya kerana tidak melayani peminat yang meminta untuk bergambar ketika di hospital.
Komen yang ditinggalkan peminat itu seolah-olah merajuk menyedari dirinya bukanlah siapa-siapa.
Menjawab kepada komen tersebut, Achey berkata, tujuannya ke hospital di atas urusan kecemasan kerana pekerjanya terlibat dengan kemalangan.
Ampun kak. Sebagai majikan kena uruskan banyak benda. Dia keluar dengan saya pulak. Tak manis kalau saya tak fokus pada staff saya. Kepala pun bercelaru dah.
Jelas Achey lagi, dia ke hospital bukan buat ‘show’ dan perlu mendahulukan apa yang patut. Dia meminta maaf kerana mungkin terlepas pandang dalam keadaan kepala yang sedang bercelaru.
Kredit: TikTok Achey
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM