Connect with us

Oh! Media

Lelaki Murung Cuba Terjun Jambatan Sebab Masalah Peribadi

Jambatan Sultan Mahmud

Oh! Tidak

Lelaki Murung Cuba Terjun Jambatan Sebab Masalah Peribadi

Tindakan seorang lelaki yang cuba terjun ke dalam Sungai Terengganu menggemparkan pengguna jalanraya lain yang melalui Jambatan Sultan Mahmud semalam. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Lelaki Tergamak Bunuh Anak Dan Isteri, Lari Naik Motosikal Sambil B*gel

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku pada petang semalam dimana lelaki yang berusia 29 tahun itu disyaki dalam kemurungan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din.

Pengguna jalanraya telah memaklumkan perkara ini kepada pihak polis dan sebahagian dari mereka telah berjaya memujuk lelaki itu daripada terjun jambatan.

Mereka kemudiannya menyerahkan lelaki tersebut kepada anggota polis untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan awal mendapati bahawa lelaki tersebut berada dalam keadaaan kemurungan kerana tertekan dengan masalah peribadi. Bukan tu jer, dia juga didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan dibuat.

Tak boleh nak cakap lebih sebab kita bukannya ada dalam kasut dia. Apapun, semoga kita semua diberi kesabaran dalam apa jua ujian yang mendatang.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas