Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tergamak Bunuh Anak Dan Isteri, Lari Naik Motosikal Sambil B*gel

Bogel

Trending

Lelaki Tergamak Bunuh Anak Dan Isteri, Lari Naik Motosikal Sambil B*gel

Tular satu video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil bogel.

ADVERTISEMENT

BACA : Niat Tak Kesampaian, Lelaki Cuba Samun Maut Terkena Sabit Sendiri

Kejadian tersebut dirakam oleh seorang pemandu dan dikongsikan di laman sosial Facebook serta telah mendapat lebih 200,000 ribu tontonan.

Walaubagaimanapun, waktu serta lokasi kejadian dan sebab penunggang motosikal itu bertindak sedemikian masih belum dapat dipastikan.

@utusantvofficial Salam takziah, #alfatihah. Kejadian di Kampung Bakar Batu, Johor | 12.42 tengah hari polis terima laporan. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound – UtusanTV

Melihat ke ruangan komen, ramai yang terperanjat dengan tindakan lelaki berkenaan menunggang motosikal dalam keadaan sedemikian dan dianggap berbahaya kerana menunggang di lorong tengah lebuh raya tanpa topi keledar serta berbogel.

Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa lelaki tersebut mengalami gangguan mental dan terlibat dalam kes bunuh anak dan isteri akibat tekanan.

Susulan penyebaran video itu, info terhadap kes tragik berkenaan telah dikongsikan oleh Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter tentang kejadian kelar anak berusia tiga bulan dan ibu muda berumur 26 tahun yang berlaku di Bakar Batu, Johor Bahru.

Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun itu didakwa mempunyai kaitan dengan kes bunuh terbabit dan telah pun ditahan dalam keadaan berbogel sambil menunggang motosikal seperti mana yang ditunjukkan di dalam video ‘viral‘ berkenaan.

Kredit: Facebook Alet Naim 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas