Connect with us

Oh! Media

Laungan ‘Bossku’ Iringi Ketibaan Najib Di Perkarangan Mahkamah

Trending

Laungan ‘Bossku’ Iringi Ketibaan Najib Di Perkarangan Mahkamah

Hari ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Persekutuan bagi menghadapi prosiding akhir bagi rayuan berkaitan kes dana SRC International yang bernilai RM42 juta.

ADVERTISEMENT

BACA: Bekas PM, Najib Razak Terkejut Dengan Keputusan Mahkamah

Meskipun hujan lebat melanda ibu kota, itu tidak mematahkan semangat penyokong tegar Najib untuk memberikan sokongan dan menyambut ketibaan Ahli Parlimen Pekan itu dengan laungan ‘Hidup Bossku’ dan ‘Keadilan untuk Najib’.

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today, setibanya Najib di perkarangan mahkamah, keadaan menjadi tidak keruan dan tidak terkawal selepas Najib dikerumuni oleh penyokongnya yang difahamkan sudah hadir sejak dari pukul 8 pagi.

Difahamkan juga, terdapat kurang lebih 300 penyokong Najib hadir bagi mengikuti perkembangan prosiding Najib di mahkamah.

Walaubagaimanapun, kawalan keselamatan di perkarangan mahkamah terus diperketatkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Untuk info, Najib, 69, sebelum ini didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan dana SRC International.

Kredit: FreeMalaysiaToday | Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas