Connect with us

Oh! Media

Bekas PM, Najib Razak Terkejut Dengan Keputusan Mahkamah

najib razak

Oh! Negara

Bekas PM, Najib Razak Terkejut Dengan Keputusan Mahkamah

“Saya kecewa, terkejut dengan keputusan mahkamah”, itulah apa yang diluahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja mendengar keputusan mahkamah hari ini.

ADVERTISEMENT

Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti berkaitan hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib sebelum ini membuat permohonan itu selepas mendakwa Nazlan berada dalam Kumpulan Maybank dan sememangnya mempunyai konflik kepentingan yang cukup besar.

Saya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukkan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya hakim Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi.- Kata Najib.

Najib turut mendakwa Nazlan mempunyai pengetahuan peribadi yang dalam tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan juga SRC, selain penyiasatan berkaitan penglibatan Nazlan dalam Maybank oleh SPRM.

Apapun, Najib tetapi dilihat semangat untuk terus melawan semua pertuduhan yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini. Mahkamah kemudian menetapkan prosiding rayuan akhir bermula khamis ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas