Connect with us

Oh! Media

Kluster Baharu Ditemui, Majlis Kahwin Dan Cukur Jambul Punca Utama?

majlis kahwin

Trending

Kluster Baharu Ditemui, Majlis Kahwin Dan Cukur Jambul Punca Utama?

Majlis kahwin dan cukur jambul sudah boleh dijalankan buat masa ini, memandangkan kes Covid-19 kelihatan semakin menurun dan rakyat sudah mencapai 94.8 peratus lengkap dua dos vaksinasi dewasa.

ADVERTISEMENT

BACA: Gara-Gara Capaian Internet, Seorang Wanita ‘Cipta’ Kluster Baharu Di Sabah

Menerusi laporan Sinar Harian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun mengatakan bahawa majlis perkahwinan dan cukur jambul telah mencetuskan satu kluster baharu dalam komuniti di Sabah.

Penularan virus berpunca daripada perkumpulan orang ramai

majlis kahwin

Satu kluster baharu yang berlaku di Kampung Karanaan Sabah telah dapat dikesan selepas salah seorang kakitangan awam tempatan didapati positif Covid-19.

Penularan virus dipercayai berpunca daripada perkumpulan orang ramai dalam majlis perkahwinan dan upacara potong jambul yang turut dihadiri saudara mara dari luar daerah. Seramai 52 penduduk kampung telah dijangkiti setakat ini. – Datuk Masidi Manjun

Masidi mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), lebih-lebih lagi apabila Sabah sudah berpindah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara mulai hari ini. Pelbagai sekatan akan dilonggarkan, terutama untuk aktiviti ekonomi dan majlis sosial seperti majlis kahwin.

Kesannya ialah risiko jangkitan di tempat-tempat awam dan acara-acara sosial akan semakin tinggi. Rakyat digesa agar tidak lalai mematuhi semua SOP. Kelonggaran ini meletakkan tanggungjawab ‘frontliners’ ke atas bahu rakyat sendiri untuk mengekang penularan Covid-19.

Semoga semua rakyat lebih peka dengan keadaan sekeliling dan tidak lalai dalam menjaga SOP. Kita masih dikelilingi oleh virus Covid-19, jadi sama-sama lah kita saling mengingati antara satu sama lain agar tidak terjerumus dalam keadaan pandemik yang teruk seperti dulu lagi.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas