Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Maut Diculik, Dibunuh Dua Remaja Mahu Jual Organ Manusia

Trending

Kanak-Kanak Maut Diculik, Dibunuh Dua Remaja Mahu Jual Organ Manusia

Tular di media sosial mengenai kes penculikan dan pembunuhan seorang kanak-kanak oleh dua orang remaja yang mahu menjual organ tubuh manusia dengan harga yang tunggi.

ADVERTISEMENT

BACA: Kanak-Kanak Mangsa Culik Dibunuh dan Ditemui Dalam Gaung

Kedua suspek yang terlibat berusia 14 dan 17 tahun telah ditahan selepas keluarga mangsa melaporkan kehilangan anak mereka sejak Ahad yang lalu.

Umpan RM14

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Makassar, Kompol Lando memaklumkan bahawa rakaman CCTV memaparkan suspek telah mengajak mangsa membantu mereka membersihkan rumah dengan upah 50,000 rupiah (RM14).

Mangsa dilaporkan dibawa ke rumah suspek untuk menonton video di komputer riba dan ketika itu mereka mencekik dari belakang dan menghentak kepala mangsa ke tembok berulang kali sehingga meninggal dunia.

Pihak polis menemukan mayat dalam keadaan ngeri dengan kedua-dua kaki dan tangan diikat serta dibalut beg plastik. Berdasarkan keterangan kedua-dua suspek, mereka nekad bertindak demikian kerana mahu menjual organ mangsa dan menawarkan harga mahal di internet.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah menyebabkan ratusan penduduk menyerang dan merobohkan rumah kedua suspek namun keluarga mereka dilaporkan sudah melarikan diri.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas