Oh! Tidak
Kakak Zaharif Affendi Cerita Apa Yang Terjadi Selepas Pelaku Langgar Adiknya
Sejak beberapa hari ini kecoh diperkatakan mengenai kejadian menimpa pelajar tingkatan 5, Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut selepas dilanggar pegawai kanan polis.
BACA: “Mengucap Abah Mengucap” – Suasana Kecoh, Bapa Zaharif Affendi Rebah Ketika Ketua Polis Perak Ziarah
Terbaru! Menerusi satu video di Tiktok Buletin TV3, kakak kepada Zaharif Affendi iaitu Nur Zetty ketika ditemu bual berkata pelaku yang melanggar adiknya itu sama sekali tidak menghulurkan bantuan di tempat kejadian.
Lelaki tu ada dekat situ, bila dia nampak saya datang, dia mungkin ingat saya jururawat nak bantu mangsa, jadi dia pun pergi.
Pelaku di tempat kejadian tak ada menawarkan pertolongan ke, nak hubungi ambulans ke, nak minta maaf ke nak mengaku salah ke, tak ada.
Zetty dan orang ramai yang ada semasa itu mengakui melihat lelaki (pelaku) berkenaan masih berlegar di tempat kejadian sebelum dirinya beredar setelah melihat Zetty yang merupakan seorang jururawat tiba di situ.
Sebelum ini Muhammad Zaharif Affendi maut selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Ativa dipandu suspek yang juga didakwa pegawai kanan polis di Jalan Taman Jati, dekat Meru, Ipoh pada Jumaat.
Kredit: Tiktok Buletin TV3
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM